Sebagai vokalis May Mohd_Redzuan_Aziz

Kemudian Oney menyertai kumpulan May dari tahun 1997 hingga 2002 iaitu selepas Yantzen meninggalkan kumpulan tersebut. Beliau sempat merakamkan dua buah album bersama kumpulan tersebut di mana lagu hitnya berjudul Jemu masih diminati sehingga sekarang.

Beliau turut mempelbagaikan kebolehannya dalam bidang seni suara apabila diberi peluang berduet dengan penyanyi wanita, Safura dalam lagu pop balada berjudul Jangan Menangis Sayang ciptaan komposer Eddie Hamid dan penulis lirik Man Toba.

Oney menamatkan tugasnya apabila vokalis asal May, Mus kembali kepada kumpulan tersebut pada tahun 2002. Selepas keluar daripada May, beliau menubuhkan sebuah kumpulan baru yang diberi nama Jump-P pada tahun 2003.